Tazkirah
Ringkas :
Adab Ketika
Menuntut Ilmu
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
menuntut-ilmu1
PERTAMA kalam ini memohon maaf di atas kelewatan penerbitan artikel
ini kerana masa tidak mengizinkan. Tetapi hari ini artikel ini selamat
diterbitkan.
Sebenarnya artikel ini adalah permintaan seorang teman untuk ana
menulis tentang adab ketika belajar ini. Mudah-mudahan dengan penerbitan
artikel ini ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca terutamanaya
kepada para pelajar.
Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada
ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi
setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman
di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha
pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”.
Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran
memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu.
Justeru itu, bagaimana pula dengan adab-adab ketika kita belajar ? Di sini
terdapat beberapa perkara berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan
mengabaikannya. Antaranya ialah :
Adab-adab Ketika Belajar
Membaca Doa Penerang Hati
Duduk dengan sopan
Mendengar penerangan guru dengan teliti
Berlumba-lumba untuk belajar
Sabar ketika belajar
Sentiasa mengulangkaji pelajaran
Menghormati guru anda
Mendisiplinkan diri
Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
Anda akan disenangi guru dan rakan
Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar
Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar
Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
Dibenci oleh guru dan rakan anda
Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.
Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan
mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai
cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut,
insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan
serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Adab Belajar
Sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya) yang dihidayahkan Allah
SWt kepada hamba-hambanya yang Sholeh dan yang bersungguh-sungguh.. Maka
sebelum kita masuk ke dalam suatu majlis ilmu ada beberapa hal yang semestinya
kita perhatikan:
a. Jaga kebersihan badan dan pakaian dan hati.
b. Berlaku sopan dan hormat kepada teman-teman, yaitu dengan
mengucapkan salam dan berjabat tangan ketika berjumpa.
c. Hormati dan dengarkan nasehat-nasehat ustadz karena dialah sumber
ilmu ,seperti dokter bagi orang yang sakit.
d. Bertanya kepada guru terhadap apa yang belum dipahami karena
bertanya adalah pintu ilmu.
e. Baca pelajaran dirumah, karena mengulang pelajaran akan
memperkokoh pemahaman dan memperkuat ingatan.
f. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepada Allah SWt supaya mendukung
dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
Adab belajar ..
Assalamualaikum wbt
tajuk ADAB MENUNTUT ILMU
Adapun hadis Nabi saw yang bermaksud : Menuntut ilmu itu adalah
wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat.
Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib
bagi tiap2 orang tak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak
hairan lah pada masa sekarang lelaki dan perempuan sama2 bersaing di
universiti, di kolej dan pusat2 pengajian di dalam negara ataupun luar negara,
bergantunglah kepada rezeki masing2.
Suka di sini ustazah kongsikan Adab2 menuntut ilmu yang di sarankan
oleh agama kita:
1. Niat utk beribadat kpd Allah swt - kerana melakukan sesuatu
perkara untuk diterima oleh Allah bergantunglah kpd niat kita. Tetapi perlu
diingatkan bahawa “niat tidak menghalalkan cara”
2. Jauhi sifat hati yang tidak baik -sifat dengki, cemburu,
bermegah-megah dan suka memandang rendah kebolehan orang lain
3. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat guru
4. Tidak kedekut ilmu
5. Tanamkan kesungguhan diri utk mencapai kecemerlangan
6. Patuhi peraturan tempat belajar - melatih diri supaya berdisiplin
Setakat ini dulu buat kali ini, jumpa di catatan akan datang.
Wassalam
-ustazah azimah-
Tazkirah
Tambahan
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT
– Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam
memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk
mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi
amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang
menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat
Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita
mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang
mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari
bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk
menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai
diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada
keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin
berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana
lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa
orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat
terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah
al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat
dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang
yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang
beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang
benar-benar ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
- Sentiasa bersungguh-sungguh
dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan
malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca
nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama
yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut
hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti
Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah
as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada
kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui
bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat
endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak
memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat
nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama
ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan
suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang
dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh
menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita
hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan
susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar
bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan
bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah
agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan
mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa
dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT
– Kita mestilah menghidupkan
budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut
kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia
tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis
dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita
dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka
jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil
mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia
boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman
sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut,
telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia
bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina,
mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang
kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH
- Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan
cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah
kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui
perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan
kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri
majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama
memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan
menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya
kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping
menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta
menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada
mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan
cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang
bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh
kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W
pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi
dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah
seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH
– Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan
mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi
begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati
yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri
dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh
menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan
perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul
‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia
akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran
sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat.
Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana
hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh
Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATAN
- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan
Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya
dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan
kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada
rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita.
Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi
adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah
Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan
perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa
dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian
kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik
kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan
menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa
berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta
mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa
meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa
keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah
dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah
memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada
keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka
jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan
"uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua
dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah
mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".
8. MENGHORMATI GURU
- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya
selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun
fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam
As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat
ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya
apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana
menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu
menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi
mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama
keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di
sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah
menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti
dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama
tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan
dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang
yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman
dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali
keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali
suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI
- Kita mengamalkan segala
ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam
sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan
ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah
berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke
kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan
serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam
menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia
sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa
ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata
untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang
menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang
al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak
merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan
berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara
dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan
tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam
kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu
melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2
hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa
kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi
Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.
No comments:
Post a Comment