Monday, 12 March 2018

Internet Services allows us to access huge amount of information such as text, graphics, sound and software over the internet. Following diagram shows the four different categories of Internet Services.


Communication Services
There are various Communication Services available that offer exchange of information with individuals or groups. The following table gives a brief introduction to these services:


There exist several Information retrieval services offering easy access to information present on the internet. The following table gives a brief introduction to these services:

Information Retrieval Services


Web services allow exchange of information between applications on the web. Using web services, applications can easily interact with each other.

Web Services
The web services are offered using concept of Utility Computing.

World Wide Web (WWW)
WWW is also known as W3. It offers a way to access documents spread over the several servers over the internet. These documents may contain texts, graphics, audio, video, hyperlinks. The hyperlinks allow the users to navigate between the documents.



Video Conferencing
Video conferencing or Video teleconferencing is a method of communicating by two-way video and audio transmission with help of telecommunication technologies.
Modes of Video Conferencing
POINT-TO-POINT
This mode of conferencing connects two locations only.


MULTI-POINT

This mode of conferencing connects more than two locations through Multi-point Control Unit (MCU).
Xperia™ Touch
Make surfaces come to life
A portable projector that transforms your wall or table into an interactive touch-screen.


Discover a new dimension to daily life


Unlike traditional projectors, Xperia Touch does more than put on a show. It turns a flat wall, table or even your floor into an interactive screen3. With short-throw projection, Wi-Fi connection and state-of-the art touch functionality, this portable projector adds a whole new dimension to your home.



Tap into a world of apps
Xperia Touch is connected to the world of Google Play. Swipe through a recipe app, project your chat or keep up with your favourite vloggers. Whatever you like on your tablet or phone, is bigger and better when projected.



Xperia Touch Technology
Intelligent. Perceptive. Responsive.
Xperia Touch doesn’t just show images, it responds to you and your touch. Built with the latest Sony intelligence, it’s a portable projector that’s easy to use and remarkably smart.


The magic touch
Infrared Touch
Ready to swipe through a photo album or play a multi-player game on your coffee table? Xperia Touch combines infrared light array with 60fps camera capture to turn a flat surface in your home into a 23-inch touchscreen.



Xperia Touch Design
Sophisticated in function and form
Xperia Touch manages the impossible. It’s packed with state-of-the-art technologies yet impressively compact and elegant in design. It’s lightweight and understated, to move seamlessly into any room of your home.






Memory and storage
Memory: LPDDR3 3GB
Storage: eMMC 32GB, microSD slot

Operating System
Android N

Weight
932g

Dimensions
69 x 134 x 143 mm

Battery
Approximately one hour usage in continuous video playback mode1
Sensors
Mic
Accelerometer*2
e-Compass
GPS
Gyro
Ambient light
Barometer
Temperature
Humidity
Human detection

Connectivity
Wi-Fi: 11 a/b/g/n/ac (SISO)
Miracast sink
Bluetooth 4.
NFC


Connectors
USB Type-C
HDMI Type-D

Display
Projector System

Projector System
SXRD three primary colors LCD shutter Projection System

Resolution
1366x768

Focus
Auto Focus

Projection size
23-80 inches

Source
Laser Diode2

Brightness
100 lumens

Contrast
4000*1

Main camera
13 Megapixels

Indicators
LED

Controls
Touch Control using IR sensor, 10 point multi-touch

Sound
Two-way Stereo Speakers

Power
USB Power Delivery 15V


tazkirah ringkas

Tazkirah Ringkas :
Adab Ketika Menuntut Ilmu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…





menuntut-ilmu1

PERTAMA kalam ini memohon maaf di atas kelewatan penerbitan artikel ini kerana masa tidak mengizinkan. Tetapi hari ini artikel ini selamat diterbitkan.

Sebenarnya artikel ini adalah permintaan seorang teman untuk ana menulis tentang adab ketika belajar ini. Mudah-mudahan dengan penerbitan artikel ini ianya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca terutamanaya kepada para pelajar.

Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :


“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”.

Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. Justeru itu, bagaimana pula dengan adab-adab ketika kita belajar ? Di sini terdapat beberapa perkara berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan mengabaikannya. Antaranya ialah :

Adab-adab Ketika Belajar

Membaca Doa Penerang Hati
Duduk dengan sopan
Mendengar penerangan guru dengan teliti
Berlumba-lumba untuk belajar
Sabar ketika belajar
Sentiasa mengulangkaji pelajaran
Menghormati guru anda
Mendisiplinkan diri
Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar

Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
Anda akan disenangi guru dan rakan
Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar
Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar

Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
Dibenci oleh guru dan rakan anda
Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.
Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.



Adab Belajar

Sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya) yang dihidayahkan Allah SWt kepada hamba-hambanya yang Sholeh dan yang bersungguh-sungguh.. Maka sebelum kita masuk ke dalam suatu majlis ilmu ada beberapa hal yang semestinya kita perhatikan:

a. Jaga kebersihan badan dan pakaian dan hati.
b. Berlaku sopan dan hormat kepada teman-teman, yaitu dengan mengucapkan salam dan berjabat tangan ketika berjumpa.
c. Hormati dan dengarkan nasehat-nasehat ustadz karena dialah sumber ilmu ,seperti dokter bagi orang yang sakit.
d. Bertanya kepada guru terhadap apa yang belum dipahami karena bertanya adalah pintu ilmu.
e. Baca pelajaran dirumah, karena mengulang pelajaran akan memperkokoh pemahaman dan memperkuat ingatan.
f. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepada Allah SWt supaya mendukung dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.



Adab belajar ..


Assalamualaikum wbt

tajuk ADAB MENUNTUT ILMU

Adapun hadis Nabi saw yang bermaksud : Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat.

Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi tiap2 orang tak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairan lah pada masa sekarang lelaki dan perempuan sama2 bersaing di universiti, di kolej dan pusat2 pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki masing2.

Suka di sini ustazah kongsikan Adab2 menuntut ilmu yang di sarankan oleh agama kita:

1. Niat utk beribadat kpd Allah swt - kerana melakukan sesuatu perkara untuk diterima oleh Allah bergantunglah kpd niat kita. Tetapi perlu diingatkan bahawa “niat tidak menghalalkan cara”

2. Jauhi sifat hati yang tidak baik -sifat dengki, cemburu, bermegah-megah dan suka memandang rendah kebolehan orang lain

3. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat guru

4. Tidak kedekut ilmu

5. Tanamkan kesungguhan diri utk mencapai kecemerlangan

6. Patuhi peraturan tempat belajar - melatih diri supaya berdisiplin

Setakat ini dulu buat kali ini, jumpa di catatan akan datang.

Wassalam

-ustazah azimah-
Tazkirah Tambahan

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1.       IKHLAS NIAT
– Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
 - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

3. MENJAUHI MAKSIAT
 – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH
- Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH
– Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN
- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

8. MENGHORMATI GURU
- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI

 - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

tazkirah ringkas

Tazkirah Ringkas: PERSAHABATAN


PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.


Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.

Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:



•Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.


•Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.


•Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.


•Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)


•Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.


•Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.


Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

Internet Services Internet Services allows us to access huge amount of information such as text, graphics, sound and software over the in...